Thursday 19 January 2012

SAYA LULUS TEST DENGAN JPJ :D


Hari ni aku test dengan JPJ. Cuak siott! Before nak pergi, muka aku relax habis but dah masuk Metro Driving jadi cuak habis -.- Okay, relax. Firstly, aku pergi canteen dulu, nak breakfast. Then, kakak tu bawak kitaorang ( Hannis, Atikah Jundi & Zawin ) pergi tengok nombor giliran. Okay, aku nombor  42, sesi II. Antara member aku, aku first -..- Ksabar.

Now, sesi II kena panggil. Bila turn aku je, jantung aku rasa nak tercabut. Pakcik tu kata "Okay, sesi II semua baru lagi so buat bahagian II iaitu bukit, parking & tiga penjuru. " What?! Takpe, aku ikut :'D Then tunggu punya tunggu, its my turn! Elok pulak time tu hujan lebat gilerrrr. Cuak aku time tu tak payah cerita lah kan. Kalau ikut percentage dalam 89% :O

Dah......Aku lulus bahagian II, Alhamdulillah :) Aku terus text parent aku, Irfan & members aku. Dia semua cakap tahniah. Tapi! Ada lagi satu bahagian, bahagian III :( Tu paling aku takut. Memang hanya bawak kereta dekat jalan raya but nak GAGAL tu senang kot! Dah laa dengan JPJ duduk sebelah lagi. Dupdapdupdapdupdap!

Tunggu punya tunggu, turn aku -.- Aku dapat JPJ yang sangat chubby. Ni, aku nak cerita perangai Mr chubby ni. Pelik sangat! Aku tak sangka dia macam ni. And aku takkan lupa :D

First, aku masuk kereta. Then dia suruh aku tulis nama dekat borang tu. Okayyyy, aku ikut. Pastuu, dia suruh aku mula. Aku mengucap time tuu, cuak kot! Aku pun buat apa yang patut seperti yang diajar oleh Makcik Yati kuu *GONNA MISCHUUU Then! Dia kata, " Okay, geraklah " Aku pun masuk gear satu then gerak. Elok pulak lah ada kereta dekat depan, ttbe Mr chubby cakap " Awak potong jee, cepatlah. potong! " What the heck, kau suruh aku potong? For sure aku akan langgar line. Takpe! Disebabkan kau chubby and kau JPJ, aku followww -.- Tenggg! Langgar garisan. But dia buat buduh je.

Then, aku tukar gear 2. Pastuu dah nak keluar Metro Driving tuu, for sure kena berhenti BEFORE LINE kan? Aku pun berhenti but ttbe dia cakap " Depan lagi, tekan minyak tu! " What?! Kau nak aku ke depan? For sure langgar garisan tuu. Hmmm! Takpe, aku followwwwwww! Aku pun terus kan perjalan. Tukar gear 3 :) Dia tak habis-habis cakap " Tekan minyak tuuu! Tekan minyak tuu! " Eeee! Nyampah -..-

Takpe, sabar lagi. Then ada selekoh dekat depan. Time aku belajar, bila selekoh kita kena perlahan kan kenderaan supaya senang nak kawal. Tapi! Dia cakap " Angkat clash tuu! " Derr, kalau aku angkat macam mana nak break -_- Then dia cakap " Tekan minyak lagii! " Wehh! Kat sini aku belajar kena slow asal kau suruh aku tekan minyak? Sabar je laaaaaaaaaa. Aku ikut, sebab kau ni JPJ. Then dia cakap kat aku " Awak ada adik tak? Kalau adik awak tak dengar cakap awak, awak marah tak? Marah kan, macam ni lah saya. Dengar lah cakap saya ni. Awak tahu tak siapa duduk sebelah awak ni, JPJ nii. " WTV! Dalam hati, kat mulut keluar " Okay, sorry " dengan nada yang agak annoyed lah.

Okay, dah sampai traffic light aku pun berhenti. Then dia suruh aku tekan minyak kuat-kuat. Pahal laa dengan JPJ ni. Kereta sebelah kiri, motor depan aku semua pandang -.- Haishhh! Ttbe time menunggu lampu turn to green, datang motor. Yang bawaknya lelaki. Ttbe Mr chubby cakap " Cuba tekan hon, ngorat abang motor tuu. " Ehhhhhhhhhhh! Kau dah kenapa? Aku cakap lah tak nak. Then dia sendiri tekan hon tuuu, eeeeeeeeee! Laki tu dah perasan dah patuu boleh dia cakap " Maluuu lewtewww, ohh suka diaa " Eeee! Boleh kau bergurau dengan aku. Nyakai! 

Pastu dah hijau, gerak laa kan. Ttbe dia tegur " Awak pakai kasut tapi tak pakai sock eh? Eeee busuk hahaha " A'ahlah! Boleh pulerr kau bergurau dengan aku yee. Nasib nak sampai dah. Then, dah sampai tuu aku berhenti lah kereta. Then dia tulis, sign semua. ANDA LULUS :D Alhamdulillah, walaupun macam-macam perangai Mr chubby ni, but aku still sabar and berterima kasih jugak sebab dia lulus kan aku :)

SAYANG AWAK, MR CHUBBY! Lepas ni dah tak jumpa dah, anyongggg! 

Begitu lah kisahnyaaaaaa, haihhhhhh :D Kejap lagi bapak aku nak belanja aku makan sebab aku lulus. Ye laa, kalau gagal kena laa bayar RM 150 :D Kuang kuanggg!

No comments:

Post a Comment